FASAL
1
|
NAMA
Pertubuhan
ini dikenali sebagai PERSATUAN SAKAG UNGGUS atau nama ringkasnya ialah ‘PSU’.
Selepas ini dikenali sebagai Persatuan.
|
FASAL
2
|
TEMPAT
URUSAN
(a) D/A
Jurin Gunsalam, No. J-GF-4, Tingkat G, Blok J, Lorong Apartment Angkasa 9,
Angkasa Apartment Fasa 1, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.
(b) Alamat
berdaftar persatuan tidak boleh diubah kecuali mendapat kebenaran terlebih
dahulu daripada Pendaftar Pertubuhan
|
FASAL
3
|
LOGO/LAMBANG
(a)
MAKSUD LOGO
Warna Merah :
Menunjukkan Sakag Unggus yang gagah, berani berjuang dan berdaya maju.
Warna Biru :
Menunjukkan keamanan dan keharmonian dalam Sakag Unggus yang merupakan asas
perpaduan dan kesepakatan.
Huruf ‘S’ (berwarna merah): Menunjukkan
Sakag yang kian berkembang maju dari segi sosioekonomi, pendidikan, budaya,
politik dan rohani.
Huruf ‘U’ (berwarna biru):
Menunjukkan tunjang kekuatan dan asal usul keluarga.
Perkataan Sakag Unggus (Font:
Neuropol): Menunjukkan keturunan Unggus dan nama Persatuan.
|
FASAL
4
|
TUJUAN/MATLAMAT:
(a) Mengeratkan
silaturahim dikalangan ahli keluarga.
(b) Memupuk
nilai-nilai moral dan rohani dikalangan ahli keluarga.
(c) Melahirkan
semangat saling membantu dan tolong menolong dikalangan ahli keluarga.
(d) Menguatkan
semangat kekeluargaan dan perpaduan dikalangan ahli keluarga.
(e) Mewujudkan
peluang-peluang kerjasama ekonomi, pendidikan, politik, dan warisan budaya
dikalangan ahli keluarga.
(f) Menyemai
semangat patriotisme dan kecintaan terhadap Negeri Sabah dan Negara Malaysia
dikalangan ahli keluarga.
(g) Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat
memperkukuh sumber kewangan persatuan.
|
FASAL
5
|
KEAHLIAN
(a)
Ahli Biasa: Terbuka kepada
seluruh ahli keluarga Unggus yang berumur 18 tahun ke atas.
(b)
Ahli keluarga Unggus secara
automatik menjadi Ahli Biasa.
(c)
Ahli Bersekutu: Isteri/Suami
kepada ahli keluarga Unggus.
(d)
Seorang
pelajar Universiti atau Kolej Universiti dinasihatkan untuk mendapat
kebenaran bertulis dari Naib Canselor Universiti berkenaan.
(e)
Pemohonan
menjadi ahli hendaklah dibuat di dalam suatu Borang Keahlian. Borang Keahlian
bersama bayaran pendaftaran menjadi ahli hendaklah disampaikan kepada Setiausaha
Persatuan.
(f) Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan
jika difikirkan permohonan itu tidak layak, keputusannya adalah muktamad dan
konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipertikaikan di dalam mana-mana
mahkamah atas apa-apa alasan.
(g) Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan, diterima
keahliannya setelah iaitu membayar yuran masuk menjadi ahli beserta
yuran tahun pertama seperti yang ditetapkan dalam fasal 6.
(h) Ahli yang dipecat boleh membuat permohonan menjadi ahli semula dengan
mengemukakan borang permohonan keahlian sekurang-kurangnya enam (6) bulan
dari tarikh pemecatan.
|
FASAL
6
|
YURAN
DAN BAYARAN
(a)
Yuran Masuk: RM10
(b)
Yuran Tahunan: RM100 (setiap satu
keluarga yang sudah berkahwin)
RM50 (bujang
berumur 18 tahun ke atas dan berkerja)
(c) Ahli
yang masih belajar di sekolah/kolej/universiti dikecualikan daripada membayar
yuran tahunan.
(d) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli
untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung
ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam
tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang
yuran
|
FASAL
7
|
TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI
(a) Setiap ahli bertanggungjawab mematuhi peraturan dan
perlembagaan persatuan ini pada setiap masa.
(b) Setiap ahli bertanggungjawab untuk memelihara nama baik
persatuan ini pada setiap masa.
(c) Setiap ahli bertanggungjawab membayar yuran yang
dikenakan tepat pada waktunya.
(d) Setiap ahli berhak menerima satu salinan Perlembagaan
persatuan ini.
(e) Setiap ahli yang layak, berhak untuk hadir, bercakap,
mengundi dan diundi untuk sebarang jawatan dalam mesyuarat yang berkenaan.
|
FASAL
8
|
PEMBERHENTIAN
DAN PEMECATAN AHLI
(a) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli persatuan hendaklah
memberi kenyataan bertulis dua (2) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha
Persatuan dan menjelaskan segala hutangnya.
(b)
Mana-mana ahli yang
gagal mematuhi undang-undang persatuan atau bertindak dengan cara yang akan
mencemar nama baik persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi
suatu tempoh sebagai mana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa.
Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu
hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya
secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan
dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan
melainkan mesyuarat agung persatuan.
(c)
Keputusan pemecatan
atau penggantungan ahli adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar
atau dipertikaikan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.
|
FASAL
9
|
MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN
(a)
Mesyuarat Agung Tahunan adalah badan yang
tertinggi dan menyeluruh bagi persatuan ini berdasarkan kepada tujuan dan
matlamatnya.
(b)
Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada
tarikh dan tempat yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja. Sekurang-kurangnya empat belas (14) hari notis,
hendaklah diberikan secara bertulis mahupun melalui media yang difikirkan
sesuai seiring dengan perubahann teknologi seperti pengunaan media sosial
(Facebook, Twitter, Istagram), jenis-jenis ’messenger’ (Messages, WeChat, WhatsApp,
Telegram, Viber, Line, Messenger, B-Talk), blog dan laman sesawang oleh
Setiausaha kepada semua ahli. Notis itu hendaklah disertakan dengan agenda
mesyuarat bersama-sama dengan semua salinan dokumen yang dinyatakan dalam
agenda tersebut.
(c)
Korum Mesyuarat
Agung Tahunan hendaklah dihadiri oleh
tidak kurang satu pertiga
(1/3) daripada bilangan
keahlian yang layak mengundi.
Sekiranya korum tidak mencukupi selepas satu (1)
jam dari masa yang
ditetapkan, maka mesyuarat
itu hendaklah ditunda kepada tarikh baru dalam tempoh tiga puluh (30) hari.
Sekiranya korum masih lagi tidak mencukupi pada tarikh
baru mesyuarat itu, maka ahli-ahli yang hadir bolehlah meneruskan mesyuarat seperti yang
telah ditetapkan kecuali meminda perlembagaan persatuan.
(d)
Setiausaha
hendaklah menghantar kepada semua ahli dan Pendaftar Pertubuhan (RoS) salinan
Penyata Tahunan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dalam tempoh enam puluh
(60) hari setelah selesainya mesyuarat tersebut.
|
FASAL
10
|
AGENDA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi antara
lain agenda-agenda berikut:
(a) Mendengar ucapan dasar Presiden.
(b) Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang
lepas.
(c) Menerima dan meluluskan Laporan Jawatankuasa Kerja/
Jawatankuasa Kecil berkenaan aktiviti persatuan dalam sepanjang tahun yang
lalu.
(d) Menerima dan meluluskan Laporan Bendahari dan Penyata
Kewangan yang telah diaudit bagi tahun
yang lalu.
(e) Menguruskan hal-hal lain yang dibentangkan di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan.
(f) Memilih Jawatankuasa Kerja yang baru mengikut fasal 13
Perlembagaan ini dan melantik dua (2) orang juruaudit mengikut fasal 18 Perlembagaan ini setiap dua
(2) tahun sekali.
|
FASAL
11
|
MESYUARAT
AGUNG KHAS
Mesyuarat Agung Khas bagi persatuan ini boleh diadakan:
(a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Kerja.
(b) Atas permintaan secara bertulis oleh tidak kurang
daripada separuh (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan
menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya.
(c) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli
hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat
tersebut.
(d) Korum Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk
Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas
setengah jam dari waktu yang telah
ditetapkan bagi mesyuarat itu, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan, dan
sekurang-kurangnya enam (6) bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Khas
atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.
|
FASAL
12
|
JAWATANKUASA KERJA
1.
Jawatankuasa
Kerja hendaklah terdiri daripada:
(a) seorang
Presiden;
(b) seorang
Timbalan Presiden;
(c) seorang Setiausaha;
(d) seorang
Penolong Setiausaha;
(e) seorang
Bendahari;
(f) seorang
Penolong Bendahari
(g) seorang Ketua
Penerangan dan
(h) 7 orang Ahli Jawatankuasa
2.
Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari,
Penolong Bendahari dan Ketua Penerangan adalah dilantik oleh Presiden dengan
persetujuan Jawatankuasa Kerja dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerja
tersebut selepas Mesyuarat Agung Tahunan.
|
FASAL
13
|
TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KERJA
(a) Melantik Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil.
(b) Merancang, Merangka dan Menguatkuasakan dasar-dasar dan
keputusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Khas.
(c) Mengurus dan mentadbir persatuan ini dan menjalankan
program atau aktiviti dari semasa ke semasa.
(d) Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan
perbelanjaan program atau aktiviti yang diluluskan.
(e) Meluluskan peraturan-peraturan baru atau cadangan
pindaan perlembagaan untuk di bahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Khas.
(f) Menimbang rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Kecil
Disiplin bagi ahli-ahli persatuan.
(g) Membuat pelantikan dan pemberhentian kakitangan
pengurusan yang bergaji jika ada.
(h) Menimbang dan meluluskan permohonan mana-mana orang
untuk menjadi ahli persatuan.
|
FASAL
14
|
TUGAS AHLI JAWATANKUASA KERJA
1.
Presiden
(a)
Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja.
(b)
Menjadi ketua dan bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pengurusan
persatuan.
(c) Melantik Setiausaha, Penolong
Setiausaha dan Bendahari pertubuhan belia dengan persetujuan Jawatankuasa
Kerja.
(d) Menandatangani cek persatuan
bersama-sama Bendahari persatuan.
2.
Timbalan Presiden
(a) Menjalankan tugas Presiden
semasa ketiadaan Presiden.
(b) Membantu Presiden
melaksanakan tanggungjawab mentadbir dan mengurus persatuan.
3.
Setiausaha
(a)
Bertanggungjawab kepada
Presiden.
(b) Melaporkan kepada Presiden segala tindakan berkaitan pentadbiran dan
pengurusan pejabat persatuan.
(c) Mengendalikan urusan surat-menyurat, penyimpanan rekod, fail dan
dokumen persatuan.
(d) Mengemaskini daftar ahli persatuan.
(e) Menghadiri semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan membuat catatan minit
mesyuarat.
(f) Menguruskan persediaan, pelaksanaan dan pelaporan Mesyuarat Agung
Tahunan persatuan.
(g) Mengemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari selepas
Mesyuarat Agung Tahunan atau sekiranya tiada Mesyuarat Agung Tahunan, 60 hari
selepas berakhirnya setiap tahun kalender, penyata tahunan persatuan.
4.
Bendahari
(a) Menguruskan hal berkaitan kewangan persatuan.
(b) Menyedia dan membentangkan Penyata Kewangan persatuan bagi tujuan
Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.
(c) Menandatangani cek persatuan bersama-sama Presiden.
(d) Mengemaskini semua rekod kewangan persatuan.
(e) Mengutip semua jenis yuran atau bayaran yang dikenakan daripada ahli
persatuan.
5.
Penolong Setiausaha
(a) Membantu Setiausaha dalam pelaksanaan tugas-tugasnya.
(b) Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaan beliau.
6.
Penolong Bendahari
(a) Membantu
Bendahari dalam pelaksanaan tugas-tugasnya.
(b)
Menjalankan tugas
Bendahari semasa ketiadaan beliau.
7.
Ketua Penerangan
(a) Menjalankan tugas sebagai pegawai publisiti persatuan.
(b) Mempromosikan program dan aktiviti persatuan.
(c) Sebagai jurucakap persatuan atas arahan Presiden.
8.
Ahli Jawatankuasa
(a) Mempengerusikan Jawatankuasa Kecil yang dibentuk oleh Jawatankuasa
Kerja persatuan.
(b) Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kecil yang diketuainya.
(c) Membantu dalam pentadbiran dan pengurusan persatuan secara keseluruhan.
(d) Memastikan Jawatankuasa Kecil yang dipengerusikannya melaksanakan
aktiviti dan fungsinya.
|
FASAL
15
|
MESYUARAT
JAWATANKUASA KERJA
(a) Jawatankuasa
Kerja hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam masa tiga (3) bulan. Notis mesyuarat hendaklah dikeluarkan
tujuh (7) hari
sebelum tarikh mesyuarat secara bertulis mahupun melalui media yang
difikirkan sesuai seiring dengan perubahann teknologi seperti pengunaan media
sosial (Facebook, Twitter, Istagram), jenis-jenis ’messenger’ (Messages,
WeChat, WhatsApp, Telegram, Viber, Line, Messenger, B-Talk), blog dan laman
sesawang.
(b) Presiden boleh memanggil Mesyuarat Jawatankuasa Kerja pada bila-bila
masa beliau fikirkan perlu.
(c) Sekurang-kurangnya
lima (5) orang
daripada Ahli Jawatankuasa
Kerja hendaklah
hadir bagi mengesahkan
perjalanan mesyuarat dan
mencukupkan korum mesyuarat tersebut.
|
FASAL
16
|
KEWANGAN
(a)
Tertakluk kepada
peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini, wang pertubuhan ini
boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan
pertubuhan belia termasuklah perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan
pertubuhan serta perbelanjaan lain yang di persetujui oleh Jawatankuasa
Kerja. Walau
bagaimanapun wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar penalti
mana-mana pemegang jawatan atau ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh
Mahkamah.
(b)
Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak
lebih daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus) pada satu-satu masa.
Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam akaun
persatuan.
(c)
Semua cek atau kenyataan pengeluaran wang
persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden dan Bendahari.
Semasa ketiadaan Presiden, Timbalan Presiden merupakan pengganti untuk
menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang persatuan.
(d)
Perbelanjaan yang melebihi RM 5,000.00 (Ringgit
Malaysia Lima Ribu) bagi sesuatu masa perlu diluluskan terlebih dahulu oleh
Jawatankuasa Kerja dan perbelanjaan yang melebihi RM 50,000.00 (Ringgit
Malaysia Lima Puluh Ribu) bagi satu-satu masa perlu mendapat kebenaran
mesyuarat agung terlebih dahulu.
(e)
Penyata darihal wang yang diterima dan
dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh
Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik dengan seberapa segera
setelah tamatnya sesuatu tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit
itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang
berikutnya dan salinannya hendaklah dikemukakan untuk makluman semua ahli
persatuan.
(f)
Tahun kewangan persatuan ini bermula pada 1hb
Januari dan berakhir pada 31 hb Disember tiap-tiap tahun.
|
FASAL
17
|
JURUAUDIT
(a) Dua (2) orang ahli yang bukan menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja boleh dilantik semasa
Mesyuarat Agung Tahunan
sebagai Juruaudit. Tugas mereka adalah membuat
pemeriksaan terhadap
penyata kewangan persatuan
dan membuat laporan
dan pengesahan penyata-penyata yang berkaitan dengan kewangan persatuan.
(b) Mesyuarat
Agung Tahunan boleh
juga melantik Firma
Audit yang bertauliah bagi
menjalankan kerja-kerja auditan
ke atas persatuan sekiranya perlu.
|
FASAL
18
|
TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
(a) Jawatankuasa
Kerja juga boleh memutuskan
perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam Perlembagaan ini
sekiranya perlu dengan syarat tidak bertentangan dengan peruntukan mana-mana
undang-undang.
|
FASAL
19
|
PERTIKAIAN DALAMAN
(a) Adalah
menjadi tugas Jawatankuasa Kerja
untuk menyelesaikan apa-apa pertikaian yang
timbul di kalangan
ahli-ahli mengikut prosedur
yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan.
|
FASAL
20
|
PERLANTIKAN PENASIHAT/PENAUNG
(a) Jawatankuasa
Kerja boleh melantik
Penasihat/Penaung yang bukan dari kalangan ahli persatuan sekiranya
perlu.
(b)
Penasihat/Penaung tersebut hendaklah tidak
mempunyai hak untuk mengundi atau kuasa membuat keputusan bagi pihak
persatuan.
(c)
Penasihat/Penaung perlu menyatakan persetujuan
secara bertulis sekiranya menerima perlantikan daripada Jawatankuasa Kerja.
|
FASAL
21
|
PEMEGANG
AMANAH
(a)
Tiga (3) orang Pemegang Amanah yang berumur lebih
daripada 21 tahun boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan mereka
akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh persatuan. Semua harta tetap
kepunyaan pertubuhan belia akan diamanahkan kepada mereka dengan
menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).
(b)
Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik
atau memindah hakmilik harta kepunyaan persatuan dengan tidak mendapat
kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan
belia.
(c)
Seseorang Pemegang Amanah itu boleh dilucutkan
daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung Tahunan oleh sebab uzur kerana
penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain
yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya. Pemegang Amanah yang
baru boleh dilantik bagi menggantikan Pemegang Amanah tersebut melalui
Mesyuarat Agung Tahunan.
|
FASAL
22
|
PINDAAN
PERLEMBAGAAN
(a)
Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda
kecuali dengan persetujuan ahli-ahli dalam
Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas.
(b) Permohonan
untuk meminda perlembagaan ini
hendaklah dikemukakan kepada
Pendaftar Pertubuhan dalam
masa enam puluh
(60) hari dari
tarikh keputusan mesyuarat yang
memutuskan perihal perubahan
atau pindaan tersebut. Perubahan atau pindaan kepada perlembagaan
ini tidak boleh dikuatkuasakan selagi tidak mendapat kelulusan bertulis
Pendaftar Pertubuhan.
|
FASAL
23
|
LARANGAN
(a) Segala bentuk perjudian yang bertentangan dengan
Undang-undang Malaysia atau permainan yang disebutkan di bawah ini tidak
boleh dimainkan di dalam rumah atau premis persatuan: Roulette, Lotto, Fan
Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam
Cheong, Dua Puluh satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua
permainan dadu, banker’s game, permainan mesin video dan semua permainan yang
bergantung semata-mata kepada nasib;
(b) Persatuan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang
atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau
mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti difinisi di dalam
Akta Kesatuan Sekerja 1959;
(c) Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri samada
dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama persatuan atau pemegang
jawatan tanpa kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan dan pihak berkuasa.
|
FASAL
24
|
PEMBUBARAN
(a) Persatuan ini
boleh dibubarkan dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima
(3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri Mesyuarat Agung Khas yang
dipanggil untuk tujuan tersebut.
(b) Sekiranya persatuan ini hendak dibubarkan secara yang
tersebut di atas, maka segala hutang dan tanggungan persatuan yang sah dari segi undang-undang hendaklah
dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diurus mengikut cara yang
dipersetujui oleh Mesyuarat Agung tersebut.
(c) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah
disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh
pembubaran tersebut.
|