Friday, 3 October 2014

Perlembagaan PSU

PERLEMBAGAAN

PERSATUAN SAKAG UNGGUS




Edisi Pertama



PERLEMBAGAAN
FASAL 1
NAMA
Pertubuhan ini dikenali sebagai PERSATUAN SAKAG UNGGUS atau nama ringkasnya ialah ‘PSU’. Selepas ini dikenali sebagai Persatuan.
FASAL 2



TEMPAT URUSAN
(a)    D/A Jurin Gunsalam, No. J-GF-4, Tingkat G, Blok J, Lorong Apartment Angkasa 9, Angkasa Apartment Fasa 1, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.
(b)   Alamat berdaftar persatuan tidak boleh diubah kecuali mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pendaftar Pertubuhan
FASAL 3
LOGO/LAMBANG



(a)    MAKSUD LOGO
Warna Merah : Menunjukkan Sakag Unggus yang gagah, berani berjuang dan berdaya maju.
Warna Biru : Menunjukkan keamanan dan keharmonian dalam Sakag Unggus yang merupakan asas perpaduan dan kesepakatan.
Huruf ‘S’ (berwarna merah): Menunjukkan Sakag yang kian berkembang maju dari segi sosioekonomi, pendidikan, budaya, politik dan rohani.
Huruf ‘U’ (berwarna biru): Menunjukkan tunjang kekuatan dan asal usul keluarga.
Perkataan Sakag Unggus (Font: Neuropol): Menunjukkan keturunan Unggus dan nama Persatuan.
FASAL 4
TUJUAN/MATLAMAT:

(a)    Mengeratkan silaturahim dikalangan ahli keluarga.
(b)   Memupuk nilai-nilai moral dan rohani dikalangan ahli keluarga.
(c)    Melahirkan semangat saling membantu dan tolong menolong dikalangan ahli keluarga.
(d)   Menguatkan semangat kekeluargaan dan perpaduan dikalangan ahli keluarga.
(e)    Mewujudkan peluang-peluang kerjasama ekonomi, pendidikan, politik, dan warisan budaya dikalangan ahli keluarga.
(f)    Menyemai semangat patriotisme dan kecintaan terhadap Negeri Sabah dan Negara Malaysia dikalangan ahli keluarga.
(g)   Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memperkukuh sumber kewangan persatuan.
FASAL 5
KEAHLIAN

(a)    Ahli Biasa: Terbuka kepada seluruh ahli keluarga Unggus yang berumur 18 tahun ke atas.
(b)   Ahli keluarga Unggus secara automatik menjadi Ahli Biasa.
(c)    Ahli Bersekutu: Isteri/Suami kepada ahli keluarga Unggus.
(d)   Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti dinasihatkan untuk mendapat kebenaran bertulis dari Naib Canselor Universiti berkenaan.
(e)    Pemohonan menjadi ahli hendaklah dibuat di dalam suatu Borang Keahlian. Borang Keahlian bersama bayaran pendaftaran menjadi ahli hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Persatuan.
(f)    Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan jika difikirkan permohonan itu tidak layak, keputusannya adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipertikaikan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.

(g)   Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan, diterima keahliannya setelah iaitu membayar yuran masuk menjadi ahli beserta yuran tahun pertama seperti yang ditetapkan dalam fasal 6.

(h)   Ahli yang dipecat boleh membuat permohonan menjadi ahli semula dengan mengemukakan borang permohonan keahlian sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh pemecatan.

FASAL 6
YURAN DAN BAYARAN

(a)    Yuran Masuk: RM10
(b)   Yuran Tahunan: RM100 (setiap satu keluarga yang sudah berkahwin)
                           RM50 (bujang berumur 18 tahun ke atas dan berkerja)
(c)    Ahli yang masih belajar di sekolah/kolej/universiti dikecualikan daripada membayar yuran tahunan.
(d)   Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran
FASAL 7
TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI

(a)    Setiap  ahli  bertanggungjawab mematuhi peraturan dan perlembagaan persatuan ini pada setiap masa.

(b)   Setiap ahli bertanggungjawab untuk memelihara nama baik persatuan ini pada setiap masa.

(c)    Setiap ahli bertanggungjawab membayar yuran yang dikenakan tepat pada waktunya.

(d)   Setiap ahli berhak menerima satu salinan Perlembagaan persatuan ini.

(e)    Setiap ahli yang layak, berhak untuk hadir, bercakap, mengundi dan diundi untuk sebarang jawatan dalam mesyuarat yang berkenaan.

FASAL 8
PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

(a)    Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli persatuan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua (2) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Persatuan dan menjelaskan segala hutangnya.

(b)   Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemar nama baik persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagai mana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung persatuan.

(c)    Keputusan pemecatan atau penggantungan ahli adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipertikaikan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.

FASAL 9
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

(a)    Mesyuarat Agung Tahunan adalah badan yang tertinggi dan menyeluruh bagi persatuan ini berdasarkan kepada tujuan dan matlamatnya.

(b)   Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada tarikh dan tempat yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja. Sekurang-kurangnya empat belas (14) hari notis, hendaklah diberikan secara bertulis mahupun melalui media yang difikirkan sesuai seiring dengan perubahann teknologi seperti pengunaan media sosial (Facebook, Twitter, Istagram), jenis-jenis ’messenger’ (Messages, WeChat, WhatsApp, Telegram, Viber, Line, Messenger, B-Talk), blog dan laman sesawang oleh Setiausaha kepada semua ahli. Notis itu hendaklah disertakan dengan agenda mesyuarat bersama-sama dengan semua salinan dokumen yang dinyatakan dalam agenda tersebut.

(c)    Korum Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah  dihadiri oleh tidak kurang  satu  pertiga  (1/3)  daripada  bilangan  keahlian yang layak mengundi.  Sekiranya korum tidak mencukupi selepas satu  (1)  jam  dari masa  yang  ditetapkan, maka mesyuarat  itu  hendaklah  ditunda kepada tarikh baru  dalam tempoh tiga puluh (30) hari. Sekiranya korum masih lagi tidak mencukupi pada  tarikh  baru mesyuarat itu, maka ahli-ahli yang hadir  bolehlah meneruskan mesyuarat seperti yang telah ditetapkan kecuali meminda perlembagaan persatuan. 

(d)   Setiausaha hendaklah menghantar kepada semua ahli dan Pendaftar Pertubuhan (RoS) salinan Penyata Tahunan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dalam tempoh enam puluh (60) hari setelah selesainya mesyuarat tersebut.
FASAL 10
AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
   
Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi antara lain  agenda-agenda berikut: 

(a)    Mendengar ucapan dasar Presiden.

(b)   Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas.

(c)    Menerima dan meluluskan Laporan Jawatankuasa Kerja/ Jawatankuasa Kecil berkenaan aktiviti persatuan dalam sepanjang tahun yang lalu.

(d)   Menerima dan meluluskan Laporan Bendahari dan Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi  tahun yang lalu.

(e)    Menguruskan hal-hal lain yang dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 

(f)    Memilih Jawatankuasa Kerja yang baru mengikut fasal 13 Perlembagaan ini dan melantik dua (2) orang juruaudit mengikut  fasal 18 Perlembagaan ini setiap dua (2)  tahun sekali.

FASAL 11
MESYUARAT AGUNG KHAS

Mesyuarat Agung Khas bagi persatuan ini boleh diadakan:

(a)    Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Kerja.

(b)   Atas permintaan secara bertulis oleh tidak kurang daripada separuh (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya.

(c)    Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh satu (1) bulan dari  tarikh penerimaan permintaan mesyuarat tersebut.
  
(d)   Korum Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah  ditetapkan bagi  mesyuarat  itu, maka mesyuarat  itu hendaklah dibatalkan, dan sekurang-kurangnya enam (6) bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak  boleh diadakan.


FASAL 12
JAWATANKUASA KERJA  

1.      Jawatankuasa Kerja  hendaklah terdiri daripada:

(a)    seorang Presiden;
(b)   seorang Timbalan Presiden;
(c)    seorang Setiausaha;
(d)   seorang Penolong Setiausaha;
(e)    seorang Bendahari;
(f)    seorang Penolong Bendahari
(g)   seorang Ketua Penerangan dan
(h)    7 orang Ahli Jawatankuasa

2.     Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan Ketua Penerangan adalah dilantik oleh Presiden dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerja tersebut selepas Mesyuarat Agung Tahunan. 

FASAL 13
TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KERJA 

(a)      Melantik Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil.

(b) Merancang, Merangka dan Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Khas.

(c)      Mengurus dan mentadbir persatuan ini dan menjalankan program atau aktiviti dari semasa ke semasa.

(d)     Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan perbelanjaan program atau aktiviti yang diluluskan.

(e) Meluluskan peraturan-peraturan baru atau cadangan pindaan perlembagaan untuk di bahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Khas.

(f)      Menimbang rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Kecil Disiplin bagi ahli-ahli persatuan.

(g)     Membuat pelantikan dan pemberhentian kakitangan pengurusan yang bergaji jika ada.

(h)     Menimbang dan meluluskan permohonan mana-mana orang untuk menjadi ahli persatuan.
   
FASAL 14
TUGAS AHLI JAWATANKUASA KERJA

1.         Presiden

(a)      Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja.

(b)     Menjadi ketua dan bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pengurusan persatuan.

(c)      Melantik Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari pertubuhan belia dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja.

(d)     Menandatangani cek persatuan bersama-sama Bendahari persatuan.

2.         Timbalan Presiden

(a)      Menjalankan tugas Presiden semasa ketiadaan Presiden.

(b)     Membantu Presiden melaksanakan tanggungjawab mentadbir dan mengurus persatuan.

3.         Setiausaha

(a)      Bertanggungjawab kepada Presiden.

(b)     Melaporkan kepada Presiden segala tindakan berkaitan pentadbiran dan pengurusan pejabat persatuan.

(c)      Mengendalikan urusan surat-menyurat, penyimpanan rekod, fail dan dokumen persatuan.

(d)     Mengemaskini daftar ahli persatuan.

(e)      Menghadiri semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan membuat catatan minit mesyuarat.

(f)      Menguruskan persediaan, pelaksanaan dan pelaporan Mesyuarat Agung Tahunan persatuan.

(g)     Mengemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari selepas Mesyuarat Agung Tahunan atau sekiranya tiada Mesyuarat Agung Tahunan, 60 hari selepas berakhirnya setiap tahun kalender, penyata tahunan persatuan.

4.         Bendahari

(a)      Menguruskan hal berkaitan kewangan persatuan.

(b)     Menyedia dan membentangkan Penyata Kewangan persatuan bagi tujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.

(c)      Menandatangani cek persatuan bersama-sama Presiden.

(d)     Mengemaskini semua rekod kewangan persatuan.

(e)      Mengutip semua jenis yuran atau bayaran yang dikenakan daripada ahli persatuan.

5.         Penolong Setiausaha

(a)      Membantu Setiausaha dalam pelaksanaan tugas-tugasnya.

(b)     Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaan beliau.

6.         Penolong Bendahari

(a)   Membantu Bendahari dalam pelaksanaan tugas-tugasnya.

(b)     Menjalankan tugas Bendahari semasa ketiadaan beliau.


7.         Ketua Penerangan

(a)      Menjalankan tugas sebagai pegawai publisiti persatuan.

(b)     Mempromosikan program dan aktiviti persatuan.

(c)      Sebagai jurucakap persatuan atas arahan Presiden.


8.         Ahli Jawatankuasa

(a)      Mempengerusikan Jawatankuasa Kecil yang dibentuk oleh Jawatankuasa Kerja persatuan.

(b)     Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kecil yang diketuainya.

(c)      Membantu dalam pentadbiran dan pengurusan persatuan secara keseluruhan.

(d)     Memastikan Jawatankuasa Kecil yang dipengerusikannya melaksanakan aktiviti dan fungsinya.

FASAL 15
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA

(a)      Jawatankuasa  Kerja  hendaklah  bermesyuarat  sekurang-kurangnya sekali di dalam masa tiga (3) bulan.  Notis mesyuarat hendaklah  dikeluarkan  tujuh  (7)  hari  sebelum tarikh mesyuarat secara bertulis mahupun melalui media yang difikirkan sesuai seiring dengan perubahann teknologi seperti pengunaan media sosial (Facebook, Twitter, Istagram), jenis-jenis ’messenger’ (Messages, WeChat, WhatsApp, Telegram, Viber, Line, Messenger, B-Talk), blog dan laman sesawang. 

(b)     Presiden boleh memanggil  Mesyuarat Jawatankuasa Kerja pada bila-bila masa beliau fikirkan perlu.

(c)      Sekurang-kurangnya  lima  (5)  orang  daripada  Ahli Jawatankuasa
       Kerja  hendaklah  hadir  bagi  mengesahkan  perjalanan mesyuarat  dan mencukupkan korum mesyuarat tersebut.

FASAL 16
KEWANGAN

(a)      Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini, wang pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan pertubuhan belia termasuklah perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan pertubuhan serta perbelanjaan lain yang di persetujui oleh Jawatankuasa Kerja. Walau bagaimanapun wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar penalti mana-mana pemegang jawatan atau ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
(b)     Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus) pada satu-satu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam akaun persatuan.
(c)      Semua cek atau kenyataan pengeluaran wang persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden dan Bendahari. Semasa ketiadaan Presiden, Timbalan Presiden merupakan pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang persatuan.
(d)     Perbelanjaan yang melebihi RM 5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu) bagi sesuatu masa perlu diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Kerja dan perbelanjaan yang melebihi RM 50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu) bagi satu-satu masa perlu mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu.
(e)      Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik dengan seberapa segera setelah tamatnya sesuatu tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya dan salinannya hendaklah dikemukakan untuk makluman semua ahli persatuan.
(f)      Tahun kewangan persatuan ini bermula pada 1hb Januari dan berakhir pada 31 hb Disember tiap-tiap tahun.
FASAL 17
JURUAUDIT

(a)      Dua  (2)  orang ahli yang bukan menjadi Ahli Jawatankuasa  Kerja boleh dilantik  semasa  Mesyuarat  Agung  Tahunan  sebagai  Juruaudit. Tugas  mereka adalah  membuat  pemeriksaan terhadap  penyata  kewangan  persatuan  dan  membuat  laporan  dan pengesahan penyata-penyata yang berkaitan dengan kewangan persatuan.

(b)     Mesyuarat  Agung  Tahunan  boleh  juga  melantik  Firma  Audit  yang bertauliah  bagi  menjalankan  kerja-kerja  auditan  ke atas persatuan sekiranya perlu.

FASAL 18
TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

(a)      Jawatankuasa  Kerja  juga boleh  memutuskan  perkara-perkara  yang  tidak terkandung di dalam Perlembagaan ini sekiranya perlu dengan syarat tidak bertentangan dengan peruntukan mana-mana undang-undang.

FASAL 19
PERTIKAIAN DALAMAN

(a)      Adalah  menjadi  tugas  Jawatankuasa  Kerja  untuk menyelesaikan apa-apa  pertikaian  yang  timbul  di  kalangan  ahli-ahli  mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 20
PERLANTIKAN PENASIHAT/PENAUNG

(a)      Jawatankuasa  Kerja  boleh   melantik  Penasihat/Penaung yang bukan dari kalangan ahli persatuan sekiranya perlu.

(b)     Penasihat/Penaung tersebut hendaklah tidak mempunyai hak untuk mengundi atau kuasa membuat keputusan bagi pihak persatuan. 

(c)      Penasihat/Penaung perlu menyatakan persetujuan secara bertulis sekiranya menerima perlantikan daripada Jawatankuasa Kerja.

FASAL 21
PEMEGANG AMANAH

(a)      Tiga (3) orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh persatuan. Semua harta tetap kepunyaan pertubuhan belia akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).
(b)     Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindah hakmilik harta kepunyaan persatuan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan belia.
(c)      Seseorang Pemegang Amanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung Tahunan oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya. Pemegang Amanah yang baru boleh dilantik bagi menggantikan Pemegang Amanah tersebut melalui Mesyuarat Agung Tahunan.

FASAL 22
PINDAAN PERLEMBAGAAN

(a)      Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan persetujuan ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas.

(b)     Permohonan  untuk  meminda perlembagaan ini hendaklah  dikemukakan  kepada  Pendaftar Pertubuhan dalam  masa  enam  puluh  (60)  hari  dari  tarikh  keputusan mesyuarat  yang  memutuskan  perihal  perubahan  atau  pindaan tersebut.   Perubahan atau pindaan kepada perlembagaan ini tidak boleh dikuatkuasakan selagi tidak mendapat kelulusan bertulis Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 23
LARANGAN

(a)      Segala bentuk perjudian yang bertentangan dengan Undang-undang Malaysia atau permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah atau premis persatuan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game, permainan mesin video dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib;

(b)     Persatuan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti difinisi di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959;

(c)      Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri samada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama persatuan atau pemegang jawatan tanpa kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan dan pihak berkuasa.

FASAL 24
PEMBUBARAN

(a)      Persatuan ini  boleh dibubarkan dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri Mesyuarat Agung Khas yang dipanggil untuk tujuan tersebut.

(b)     Sekiranya persatuan ini hendak dibubarkan secara yang tersebut di atas, maka segala hutang dan tanggungan persatuan  yang sah dari segi undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diurus mengikut cara yang dipersetujui oleh Mesyuarat Agung tersebut.

(c)      Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran tersebut.


No comments:

Post a Comment