Wednesday, 2 November 2016

PERKEMBANGAN KENDIRI YANG KERDIL

Kekuatan luar rupanya tidak akan banyak membantu mereka, oleh itu mereka harus mengembangkan kemampuan sendiri untuk mengatasi secara kreatif cabaran dan tuntutan masa kini. Mereka hidup memerlukan kemampuan untuk bertahan.

    Kemampuan mempelajari fakta akademik secara luas hanyalah terkait pada kemampuan meningkatkan kemampuan peribandi.

    Peribadi yang berkembang melakukan;
        i. Bertanggung jawab atas tindakan mereka dan atas usahanya, mereka selalu belajar.
        ii. Terbuka terhadap perubahan dan pengalaman baru.

    Perkembangan peribadi menunjukkan;
        i. Bertanggung jawab untuk selalu belajar.
        ii. Belajar pasti lebih efektif jika mengalami sendiri.
        iii. Orang memerlukan kesempatan untuk mencapai sesuatu bagi diri sendiri dan kreativiti.

    Setiap orang memiliki potensi yang belum diwujudkan. Tentu saja ada batasan pada kemampuan seseorang; umur, tinggi badan, kesihatan, keadaan keluarga, pendidikan dan lingkungan luar boleh merupakan hambatan nyata. Namun, jika dicuba batasan yang dirasakan, banyak hambatan yang nampaknya tidak teratasi ternyata boleh berubah.

    HAMBATAN UMUM PERWUJUDAN POTENSI.

    Pengaruh kewangan; perilaku dan sikap orang tua.
    Sikap acuh tak acuh; semua perubahan menuntut agar sikap ini diatasi dan hal ini memerlukan tenaga dan ketekunan.
    Hancur sebelum waktunya; lawan perasaan kecewa untuk 'memukul balik' dengan semangat baru.
    Kurang ada dukungan; perbandingan dengan orang lain, membantu peribadi memahami bakat dan sumbangan diri mereka sendiri.
    Maklum balas; pengalaman menganjurkan bahawa orang memerlukan maklum balas yang cukup banyak untuk memberikan data yang cukup bagi perkembangan mereka sendiri.
    Kebencian daripada orang lain; tanpa disedari, orang lain berusaha mengganggu usaha kita.
    Sumber tidak mencukupi; pertumbuhan yang nyata ada dalam peristiwa pengalaman sehari-hari. Perkembangan peribadi bererti berjuang melawan kesulitan dan menjadi lebih terbuka dan jujur dalam segala bidang.

    PEMAHAMAN PERIBADI

    Orang yang mengusahakan perkembangan peribadi biasanya terkejut meneruskan bahawa jauh lebih banyak hal yang terjadi di bawah permukaan daripada yang kita sedari. Langkah awal dalam mengembangkan peribadi ialah belajar lebih percaya pada diri sendiri.

    Perbaiki pemahaman peribadi;
        i. Membaca; buku penemua peribadi dan psikologi perkembangan seseorang.
        ii. Bergaul dengan keluarga dan teman; orang lain tahu banyak tentang diri anda.
        iii. Mencuba pengalaman baru; tinjau reaksi anda tentang pengalaman itu.
        iv. Menulis; gagasan sendiri secara bebas.
        v. Mencari ungkapan kreatif; seni kreatif menuntut kesedaran diri untuk berjaya.
        vi. Mencari cabaran fizikal; aktiviti yang mengembangkan kemampuan diri.
        vii. Mengenal pasti lawan; orang, situasi dan keadaan yang tidak disukainya.
        viii. Tinjau pendidikan diri; penting dalam menentukan bagaimana anda berfikir dan berasa.

    KEMAMPUAN YANG TIDAK MEMADAI UNTUK MEMECAHKAN MASALAH

    Memecahkan masalah tidak pernah merupakan tugas yang mudah, tetapi ketrampilan ini dapat dikembangkan dengan baik.

    Pendekatan sistematik
        i. Mengenal situasi; lihat, faham dan kategorikan masalah, temukan cabaran khusus.
        ii. objektif; mesti jelas dan difahami secara khusus untuk sesuatu tugas tertentu.
        iii. Kriteria kejayaan; tenaga yang cukup dapat disediakan untuk menyelesaikan tugas tersebut dan
                untuk memanfaatkan waktu sebaik mungkin.
        iv. makluman; dapat mengenal pasti tindakan alternatif sehingga kekuatan dan kelemahannya
                dapat diperhitungkan.
        v. perangcangan; petunjuk yang matang dan jelas untuk menentukan langkah yang diambil.
        vi. Tindakan; Memperbaiki rancangan apabila situasi memaksa.
        vii. Kajian semula untuk peningkatan; orang belajar dari melihat ciri kejayaan mereka dan dari
                usaha untuk mengenal pasti sebab-musabab kegagalannya.

    Mencari teknik;
        a. Rutin; bertindak seperti yang dirancang.
        b. Selektif; inisiatif dan pertimbangan tetapi dengan batasan tertentu.
        c. adaftif; gabungan jawapan teruji dan gagasan baharu menghasilkan pemecahan baharu bagi
            masalah yang belum diketahui.
        d. Inovatif; pembaharuan besar untuk mencari suatu pemecahan yang memuaskan.

    Menggunakan orang dan sumber; membantu merumus masalah dan menemukan pemecahan yang memuaskan.
        a. Masalah siapa; jelaskan siapa yang bertanggungjawab.
        b. Koordinator; penanan aktif yang bergantung kepada susunan kelompok.
                Peranan anggota.
                Susunan anggota.
                Kaedah kelompok.
                Pemilihan alternatif.
                Jelasan gagasan.
                Pandangan.
                Saranan untuk maju.
                Tatatertib.
                Penggunaan sumber.

        c. Gagasan dan langkah tindakan; perlaksanaan gagasan dan semak kemajuan.
        d. Pendekatan sistematik; sifat adalah kemampuan memecahkan dengan cepat sejumlah masalah
                yang muncul.

    Ciri-ciri orang yang trampil.
        Penyelesai yang teratur.
        Penggunaan teknik yang tepat.
        Pilihan teknik yang tepat.
        Jelas masalah siapa.
        Penentuan objektif peribadi.
        Kriteria yang jelas untuk penilaian.
        Mahir menampung maklumat.
        Merancang secara efektif.
        Mengkaji semula.
        Atur kelompok secara efektif.